Thursday 10 September 2015

Markas ATM

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan JeneralLaksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:

  1. Sekretariat (J1)
  2. Perkhidmatan Anggota (J2)
  3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
  4. Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
  5. Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
  6. Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
  7. Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
  8. Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
  9. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

No comments:

Post a Comment