Monday 14 September 2015

Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia


Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.

Perbandingan aset ATM

Angka-angka dibawah adalah angka semasa dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara jiran Malaysia.
Tentera Darat[sunting | sunting sumber]
NegaraKereta kebal utamaKenderaan berperisai lainArtileri medanHelikopter
Flag of Indonesia.svg Indonesia100181556087
Flag of Thailand.svg Thailand3812248680193
Flag of Singapore.svg Singapura1622744480
Flag of Malaysia.svg Malaysia60500700100
Tentera Laut[sunting | sunting sumber]
NegaraKapal kombatan utama¹Kapal kombatan¹Kapal kombatan kecil¹Kapal selamPesawat
Flag of Indonesia.svg Indonesia[32][33][34]3452667
Flag of Thailand.svg Thailand[35]1153287
Flag of Singapore.svg Singapura[36]12186
Flag of Malaysia.svg Malaysia255050250
¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV
Tentera Udara[sunting | sunting sumber]
NegaraPesawat tempurPesawat pengangkutHelikopterAmaran awalUAV
Flag of Indonesia.svg Indonesia846958
Flag of Thailand.svg Thailand1663528
Flag of Singapore.svg Singapura1431478840
Flag of Malaysia.svg Malaysia70354545

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia


Keanggotaan


Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat. Malahan, Tentera Singapura pun mengatasi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. ATM hanya mempunyai sedikit kelebihan pada jumlah anggota Tentera Laut dan Tentera Udara.
NegaraTentera DaratTentera LautTentera UdaraTentera Marin
Flag of Indonesia.svg Indonesia[9][10]348 00074 00027 80029 000
Flag of Thailand.svg Thailand[11]190 00059 50045 00019 700
Flag of Singapore.svg Singapura[12]372 000*10 60013 50010 000
Flag of Malaysia.svg Malaysia120 00018 00015 000
* Termasuk anggota kerahan, Singapura mempunyai pasukan kerahan yang besar

Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit[13] dan sehingga 20 peratus untuk 2010[14]. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan[15].
Anggaran 2006 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 105 000 anggota tetap dan sekitar 40 000 anggota simpanan[16]. Bagaimanapun dari 105 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 65 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota[17].

Kelengkapan


ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan[18], pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur[19][20][21][22], kapal perang permukaan[23][24] dan kapal selam[25][26][27].
Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen[28] ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725[29], hanya 12[30] buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[31].

Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)

 
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)


Bahagian ini yang juga dipanggil KOMLEK berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :

  1. Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
  2. Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
  3. Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM (Keselamatan Komunikasi) serta kriptografi.
  4. Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan 'inter-operability'.
  5. Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.
  6. Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
  7. Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
  8. Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).
  9. Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
  10. Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB). #Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee' (TTC).
  11. Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.

Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)


Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.
Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)


Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.

Bahagian ini bertanggungjawab:
  1. Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  2. Bertindak sebagai Liason atau penghubung dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  3. Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  4. Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  5. Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  6. Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)


Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Tentera Darat, Laut dan Udara.
Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
  1. Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
  2. Organisasi Medan.
  3. Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
  4. Organisasi Pergigian.
  5. Organisasi Kesihatan.
  6. Organisasi Latihan.

Thursday 10 September 2015


Cawangan Dasar Logistik

Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.

Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik

Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.

Cawangan Perancangan Dan Operasi Bersama

Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. Manakala diperingkat nasional dan antarabangsa serta bantuan logistik kepada operasi dan eksesais ATM, ia dikendalikan di dalam konteks bersama.

Cawangan Perumahan Dan Pembinaan

Cawangan ini berfungsi sebagai staf dan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan. Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, serta pemyediaan kemudahan ATM. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan kemudahan ATM yang berkaitan.

Projek Simpanan Petroleum

Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.

Cawangan Penguasa Katalog ATM

Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.

Cawangan Sistem Komputer Logistik

Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga Perkhidmatan.

Sekretariat (J1)



Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Operasi & Latihan (J3)


Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.


Bahagian Logistik (J4)


Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang,pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai tujuh Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut: